Pulau Tawar
Pulau Tawar

Pulau Tawar

Pulau Tawar merupakan sebuah mukim yang terletak di tebing Sungai Pahang di daerah Jerantut, Pahang, Malaysia. Ramai yang keliru antara Mukim Pulau Tawar dan Kg Pulau Tawar . Secara amnya bila merujuk kepada Mukim Pulau Tawar ia adalah gugusan kampung-kampung dan felda yang ada di dalam Mukim Pulau Tawar itu sendiri . Sementera itu bila merujuk kepada DUN Pulau Tawar ia lebih meluas merankumi gugusan Felda Gelangi , gugusan Felda Lepar Utara dan sebahagian gugusan Felda Jengka Tetapi jika merujuk kepada Kampung Pulau Tawar , ia adalah sebuah wilayah yang mengelilingi sebuah kawasan Paya yang luas iaitu Paya Kangsa . Kampung-kampung di sekeliling Paya Kangsa inilah yang lebih layak sebagai Kg Pulau Tawar yang asal .

Pulau Tawar

Status Mukim
Asal nama N/A
Negeri  Pahang
Keluasan 208,640 ekar (84,430 he; 326.00 bt2) (Mukim)
Negara  Malaysia